Sold out

Global Tahfiz Game

RM150.00

Global Tahfiz Game (GTG) ini merupakan salah satu inisiatif yang dibangunkan untuk memudahkan masyarakat khususnya para huffaz dalam mengukuhkan hafazan dengan konsep gamifikasi serta didik hibur yang lebih inovatif dan efektif. GTG merupakan produk papan permainan pertama yang berasaskan mashaf al-Quran serta sukatan subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah di bawah subtopik Al- Quran dan Tajwid. GTG mempunyai tiga aras soalan yang berbeza berdasarkan 30 juzuk al- Quran yang dirangka khas sesuai untuk mereka yang ingin mengukuhkan hafazan.

Out of stock

SKU: 0006 Category: Tags: ,
Description

Global Tahfiz Game (GTG) adalah sebuah permainan papan Islamik bertemakan pendidikan tahfiz bertujuan untuk meningkatkan minat dan kesedaran para pelajar tahfiz untuk mengulangi serta melancarkan lagi hafalan Al-Quran.

GTG dibangunkan dengan berpandukan mashaf Al-Quran serta sukatan subjek Pendidikan Islam sekolah rendah dan menengah di bawah subtopik Al-Quran dan
Tajwid.

Permainan ini sesuai dimainkan oleh 2 hingga 4 orang pemain pada satu masa.

Setiap pemain akan memulakan permainan sebagai seorang pelajar tahfiz yang komited untuk mengulangi dan memantapkan lagi hafalan Al-Quran.

Sepanjang permainan, pemain akan melalui petak-petak tasmi hafalan Al-Quran, semakan tajwid serta pengurusan institusi tahfiz.

Antara keunikan GTG, pemain akan memperoleh info berkaitan prosedur penubuhan dan pengurusan institusi tahfiz.

Di akhir permainan, pemain akan dapat mengukuhkan dan melancarkan hafalan ayat Al-Quran mereka serta memantapkan lagi bacaan ayat Al-Quran dengan hukum tajwid yang betul.

Reviews (0)

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Global Tahfiz Game”

Your email address will not be published. Required fields are marked *