Selamat Datang!


Bermain sambil belajar bersama ustaz dan ustazah global melalui koleksi permainan papan islamik AoGIG.

Bermain sambil belajar di AoGIG!

Kaedah pendidikan dan latihan menggunakan permainan atau ala-ala permainan semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Pelbagai permainan berunsurkan pendidikan telah diperkenalkan untuk mencapai matlamat pendidikan yang fleksibel dan kendiri. Walau bagaimanapun, permainan ilmiah Islamik masih lagi kurang di pasaran Malaysia mahupun dunia. Akademi Permainan Islamik Global (Academy of Global Islamic Games, AoGIG) ditubuhkan pada 31 Januari 2017 , bertujuan untuk mengetengahkan metodologi atau pedagogi latihan dan pendidikan berasaskan permainan Islamik. AoGIG menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuklah penyelidikan, pengajaran, latihan dan konsultan yang berasaskan permainan. Syarikat yang bersifat global ini menawarkan semua bentuk perkhidmatan sama ada dalam bahasa melayu, inggeris dan arab. AoGIG sangat optimis untuk memperkenalkan lebih banyak permainan ilmiah islamik khususnya dalam pendidikan Islam mengikut sukatan pelajaran sekolah serta kursus-kursus latihan yang komprehensif dan inovatif.

Kod Penyelidikan: USIM/PRGS/INFAD/FSU/055002/50117

Keratan Akhbar

Produk Kami

Akan Datang !

GLOBAL MUNAKAHAT GAME

BAHASA ARAB 

GLOBAL UMRAH HAJI GAME

GLOBAL WAKAF GAME

Video pengiktirafan daripada pelbagai Agensi

Ada Persoalan?

Scroll to Top
WhatsApp chat